Ahad, 1 Januari 2017

Macam mana nak jadi cool

Assalamualaikum, yuhuu jumpa lagi kita. Okay, okay. today aku nak talk abaout..wait abaout, hahaaha, kan dah typo. About lah. hahahha. Sorry guys. Okay, how to be cool. Erkkk. cool nie bila kita selalu tenang dalam apa-apa keadaan, memandangkan aku nie cool jugak, meh aku kongsi dengan korang macam mana nak cool. #poyojenie. Hey, aku serious larr. Hahahah. Okay back to our talk. Cool nie selalunya dikategorikan untuk lelaki, tapi girls pun boleh.

So untuk jadi cool, ada beberapa tips yang akan aku kongsi dengan korang
Mari kita lihat tips penting di bawah:

First, bahasa sopan. Pastikan korang tidak menggunakan bahasa yg tidak bermoral kerana ia tidaklah cool dan hanya menampakkan korang ni seorang yg tidak sopan. Jangan terikut-ikut dengan lagu eminem atau rapper yg suka mencarut sini sana tanpa tujuan, mengarut je tu, eishhhh.

Next, ramah. Jadilah seorang yg peramah dan tidak menunggu untuk ditegur untuk berborak. Islam pun lebih suka orang yg beri salam terlebih dahulu bukan. Lebihkan bercakap walaupun kawan dok diam je. Tapi jika korang tak tahu pasal bola, baik jangan borak. Takut kena gelak dengan sadisnya, hahahaah.

Seterusnya, makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata. Hahahhaah, apa kaitan, oky ni hanya saringan je, korang jangan la serious sangat time baca, aku pn takot jadinya.

Yang seterusnya, jangan malu jika korang diketawakan. Sebaliknya gelakkan diri sendiri. Baru nampak cool. "Cool nya tak malu pun diketawakan". Lagi nampak poyo jika korang cuba defend diri korang yang cuba mengatakan yang negara Cuba menang World Cup. Korang nak tahu tak, aku pernah kena berak dengan burung dekat bahu bahagian kanan sesama outing dengan member-member ni, malu tu tak boleh nak cakap sebab semua pandang tapi nak control punya pasal, nak tunjuk cool, aku pun ikot gelak sekali sambil sapu taik burung tu dengan tisu, erkkkk, yakk, geli dooo.

Okay stop kisah pasal aku, geli ingat balik, hahaha. Okay next ialah jangan peduli dengan apa yang orang fikir tentang diri kita. Jika korang memang minati Twilight Saga, teruskan la meminatinya. Tak payah peduli orang nak cakap korang ni jiwang karat mahupun gay. Btw twilight mmg gay.

Yang keberapa dah ni, aku lupa nak kira, buatlah sesuatu yag akan member-member korang ingat pasal korang. Tapi bukan dengan cara kencing ataupun berak di pokok bunga Syed Bistro. Memang akan diingati tapi bukan dgn cara yg cool. Nahas korang nanti.

Yang terakhir, makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata. hahahahah. Okay aku gurau je bab KFC ni.

Okay la, itu je tips-tips yang aku boleh kongsi dengan korang. InshaAllah next time aku kongsi lagi klau ada tips baru. Beres, jumpa lagi next time, assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan