Sabtu, 28 Januari 2023

Sunyi

 Dulu aku ada abah, dulu aku ada mama dan dulu aku ada adik. Tapi..


Aku rasa seperti aku kehilangan semua. Aku hilang abah, aku hilang mama dan aku hilang adik. Kenapa benda macam ni berlaku pada aku. Apa salah aku, apa silap aku?


Sejak abah pergi tinggalkan aku, aku bukan rasa seolah-olah aku kehilangan abah, malah aku kehilangan mama serta adik aku. Aku rasa sunyi sangat. Sepi sangat.


Kami dah tak macam dulu. Aku rindu kami yang dulu. Aku rindu waktu aku kecil. Tak payah stress, tak payah serabut. Just fikir pasal study, main, movie and time tu aku still ada someone yang aku panggil sebagai abah.


Terlalu cepat benda tu berlaku, malam before abah pergi, aku sempat bergurau dengan abah. Tapi tahu2 esoknya abah dah pergi tinggalkan kami semu. Satu penyesalan yang sampai sekarang aku tak boleh lupa adalah aku tak sempat untuk cium tangan abah buat kali terakhir.


Abah, anak mu sekarang sudah besar. Sudah ada tanggungjawab sendiri, sudah fikir jalan hidup sendiri dan juga sudah pilih teman hidup sendiri. Tapi maaf jika anak mu tidak seperti yang kau ingitkan. 


Abah tak payah risau pasal mama, sebab sekarang ni dah ada orang yang jaga mama. Dah ada orang yang boleh bimbing mama. Dah ada yang ajar mama. Tapi maaf jika maaf bukan 'Tulang Rusuk' abah.


Abah pun tak payah risau pasal adik. Dia pun dah besar. Bak kata mama dia dah macam abah suka bela haiwan, tapi haiwan dia lain dari yang lain. Sikap panas baran dia sekarang ni makin menjadi-jadi. Tapi mungkin satu hari nanti dia akan jumpa seseorang yang boleh turun kan 'bekeng' dia serta ego dia, abah jangan risau ya.


Harap abah disana selalu baik-baik sahaja. Mungkin abah dah boleh jumpa Tok Mek. Sebab tok mek pun dah pergi ke tempat yang abah pergi tu.


Anak mu ini sentiasa mendoakan mu.

Yang ikhlas, anak mu yang sangat merindui mu.


Selasa, 13 Februari 2018

Dugaan hidup ini.

14/02/2018

Ya Allah, besar sungguh dugaan yang Kau berikan pada aku hari ni.
Dengan duit yang tak berapa nak ada, gaji lagi seminggu, lepas tu dengan keadaan motor yang macam ni, berat sungguh aku rasa.

Mungkin ini ujian untuk diri aku.

Selasa, 10 Januari 2017

MASIH SENDIRI - PART 1

"Assalamualaikum" ..
"Assalamualaikum" ..
"Iffa, Aina, Lyni, Tirsha, assalamualaikum" ..
Aku memberi salam dari luar rumah 4 orang kawannya

'hmmm mana diorang semua ni .. tak akan diorang keluar kot .. aishhh .. tak mungkin laa ' .. Izni bermonolog dalam sunyi .. jam ditangan menunjukkan sudah pukul 9.00 pagi .. tapi satu batang hidung kawan Izni pun tidak kelihatan .. "hmmm, mungkin tengah tidur kot, almaklum laa .. today is cuti day" .. tanpa mengambil fikiran yang terlalu panjang seperti nak jawab soalan quiz .. Izni memusingkan tubuhku lalu mula mengantur langkah menuju ke kuda(motosikal) ..
'dedeng dedeng', notification masuk .. menunjukkan yang salah seorang dari following Izni baru je mengupload gambar di instagram .. terbeliak biji mata Izni macam nak terkeluar dibuatnya .. aishhh mahunya tak terkejut apabila notification tersebut datang dari Tirsha ..
'Trisha' .. 'Dia dah bangun ke, habis kenapa aku ketuk pintu tak ada yang respond' .. kata Izni perlahan

*gupp .. rasa macam telan batu je rasa ..
Apabila Izni notification tersebut .. keluarlah gambar 4 orang rakan yang sedang dalam perjalana ke sebuah tempat .. hanya mereka berempat .. tanpa diri ini sekali .. hampir aku tertidur akibat shock yang tak ada lah hebat sangat sebenarnya ..
"Sampai hati diorang keluar tak ajak pun aku, hmmmm, nak buat macam mana, aku ni kan kayu je" ..

Bersambung ..

Rabu, 4 Januari 2017

Ilmu..??

"kau ni berilmu tapi tak tonjolkan .. tak ada gunalah .. cubalah beramal dengan ilmu yang ada .."
yess..berilmu tanpa beramal umpama pokok tanpa daun .. basikal tanpa rantai .. kereta tanpa kerusi .. bilik kelas tanpa meja .. monitor tanpa .. ooppsss oppss oppsss .. okay - okay kitorang faham, kitorang faham .. eishhh .. huhuhuhu .. baiklah aku sambung pada penulisanku ..

Cuba korang bayangkan ae .. ini hanya contoh .. dalam sebuah perbicaraan (makamah), korang ini sebagai macam penontonglah .. masa tu perbincangan pasal, hmmm, maybe accident kereta dengan kereta .. than dalam perbincaraan tu, kawan korang ni dipersalahkan .. korang tahu yang kawan korang tu tak bersalah, tapi korang masih berdiam .. adakah korang rasa kawan korang akan menang .. aku rasa kalau korang terus berdiam maybe kawan korang akan terima nasib yang tak sepatutnya dia terima .. nampak tak apa yang aku nak sampaikan maksud berilmu tanpa beramal ..

Dalam contact Islam .. korang dah already tahu pasal aurat .. ikhtilat .. tapi korang still tak buat, and tak ikot .. rugi yang teramat sangat sangat sangat sangat .. tak tahu sangat banyak mana, tak boleh nak terangkan .. tapi kalau korang praktikan apa yang korang pelajari .. inshaAllah .. nescaya hidup korang lebih selamat dan terlindung dari segala godaan syaitan dan hawa nafsu .. subhanaAllah .. nampak tak .. betapa Islam itu mudah, mudah sangat .. sebenarnya aku tak adalah nak cakap banyak sangat saja nak bercerita sebab esok sure-sure cuti .. tak dapat nak sambung penulisan .. esok bermulalah tugasku sebagai sukarelawan MeSRA .. almaklumlah, musim banjir ni kan .. tenaga muda diperlukan ..

Okay back to my stories .. bercakap pasal ilmu .. ilmu ini luas .. seluas lautan tanpa daratan yang tiada tempat untuk mendarat .. nampak tak bertapa luasnya ilmu .. ilmu kita yang ada nie terlalu sedikit .. teramat sedikit nak dibandingkan ilmu yang ada selama ini .. dalam al-Quran ada menyatakan .. "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang - orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana", Surah Al-Imraan ayat 18 ..

Nampak tak .. dalam al-Quran pun ada menyatakan tentang ilmu .. seperti kata-kata Luqman Al-Hakim "Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi harta mu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasan mu" .. hmmm .. itu jela sedikit perkongsiaan tentang ilmu dari aku (zombie) .. maaflah kalau cara perkongsiaan aku agak tak nampak macam perkongsiaan .. memang cara aku lebih suka pada simple dan sempoi .. paling penting ibrah tu ada .. inshaAllah next time adalah perkongsiaan lain ..

Dalam blog aku ni, perkongsiaan yang simple aje .. Assalamualaikum ..

Ahad, 1 Januari 2017

5 Tahun sudah..

Korang nak tahu tak, blog aku ni dah 5 tahun ada, tapi tak pernah nak aktif. Kenapa ae, uhh nak tahu sebab apa, sebabnya aku jarang main blog. Aku suka baca blog orang, blog sendiri aku biarkan bersarang. Okay nak gelak besar jap, hahhahahahah. So inshaAllah lepas ni aku cuba aktifkan blog aku sendiri, and inshaAllah adalah perkongsian-perkongsiannya. Bye2

Macam mana nak jadi cool

Assalamualaikum, yuhuu jumpa lagi kita. Okay, okay. today aku nak talk abaout..wait abaout, hahaaha, kan dah typo. About lah. hahahha. Sorry guys. Okay, how to be cool. Erkkk. cool nie bila kita selalu tenang dalam apa-apa keadaan, memandangkan aku nie cool jugak, meh aku kongsi dengan korang macam mana nak cool. #poyojenie. Hey, aku serious larr. Hahahah. Okay back to our talk. Cool nie selalunya dikategorikan untuk lelaki, tapi girls pun boleh.

So untuk jadi cool, ada beberapa tips yang akan aku kongsi dengan korang
Mari kita lihat tips penting di bawah:

First, bahasa sopan. Pastikan korang tidak menggunakan bahasa yg tidak bermoral kerana ia tidaklah cool dan hanya menampakkan korang ni seorang yg tidak sopan. Jangan terikut-ikut dengan lagu eminem atau rapper yg suka mencarut sini sana tanpa tujuan, mengarut je tu, eishhhh.

Next, ramah. Jadilah seorang yg peramah dan tidak menunggu untuk ditegur untuk berborak. Islam pun lebih suka orang yg beri salam terlebih dahulu bukan. Lebihkan bercakap walaupun kawan dok diam je. Tapi jika korang tak tahu pasal bola, baik jangan borak. Takut kena gelak dengan sadisnya, hahahaah.

Seterusnya, makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata. Hahahhaah, apa kaitan, oky ni hanya saringan je, korang jangan la serious sangat time baca, aku pn takot jadinya.

Yang seterusnya, jangan malu jika korang diketawakan. Sebaliknya gelakkan diri sendiri. Baru nampak cool. "Cool nya tak malu pun diketawakan". Lagi nampak poyo jika korang cuba defend diri korang yang cuba mengatakan yang negara Cuba menang World Cup. Korang nak tahu tak, aku pernah kena berak dengan burung dekat bahu bahagian kanan sesama outing dengan member-member ni, malu tu tak boleh nak cakap sebab semua pandang tapi nak control punya pasal, nak tunjuk cool, aku pun ikot gelak sekali sambil sapu taik burung tu dengan tisu, erkkkk, yakk, geli dooo.

Okay stop kisah pasal aku, geli ingat balik, hahaha. Okay next ialah jangan peduli dengan apa yang orang fikir tentang diri kita. Jika korang memang minati Twilight Saga, teruskan la meminatinya. Tak payah peduli orang nak cakap korang ni jiwang karat mahupun gay. Btw twilight mmg gay.

Yang keberapa dah ni, aku lupa nak kira, buatlah sesuatu yag akan member-member korang ingat pasal korang. Tapi bukan dengan cara kencing ataupun berak di pokok bunga Syed Bistro. Memang akan diingati tapi bukan dgn cara yg cool. Nahas korang nanti.

Yang terakhir, makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata. hahahahah. Okay aku gurau je bab KFC ni.

Okay la, itu je tips-tips yang aku boleh kongsi dengan korang. InshaAllah next time aku kongsi lagi klau ada tips baru. Beres, jumpa lagi next time, assalamualaikum.

Rabu, 28 Disember 2016

Ahlanwahsahlan

Hidup adalah seperti satu lakonan yang di adaptasi dari sebuah novel yang dikarang oleh manusia. Untuk apa kita sebagai pembaca mengomen setiap jalan cerita yang telah tersedia. Kita hanya mampu membaca dan menghayati setiap isi serta cacatan yang ada dalam kisah tersebut. Sombongkah kita untuk mengubah jalan cerita yang telah tersedia. Hebatkah kita untuk mengubah setiap plot-plot cerita yang ada. Siapakah kita ini. Yes! Pembaca. Kita hanya seorang pembaca yang tidak faham apa-apa tentang penulisan, tentang seni. Kita hanya tahu menghayati, memahami tiap bait-bait jalan cerita.

Aku bercakap dari hati, bukan dari mata. Penulisan aku masih kelaut, tapi tidak apa, tidak kisah, aku tetap aku, kata-katakan tetap ikhlas sehingga ia tidak sampai ke hati mu. Chop! Dah kelaut, astaghfirullah. Mohon maaf atas kengarutan ku :P. tapi keikhlasan ku menulis adalah benar.

Dan inilah kisah ku, cerita ku. Setelah sekian lama blog aku bersarang, inshaAllah tahun 2017 ini aku akan perhidupkan balik cam kereta yang dah lama tak start..:P

InshaAllah sehingga bertemu lagi lain waktu, assalamualaikum dari zombie_write